Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Khalid Abdul Samad menyifatkan barisan kepimpinan PAS kini semakin lemah sehingga membenarkan diri mereka dipergunakan oleh UMNO, khususnya dalam soal Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi (ICERD).
Khalid Abdul Samad

KUALA LUMPUR – Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN), Khalid Samad enggan melayan tindakan wakil Johor yang memboikot Konvensyen Pakatan Harapan (PH) hari ini dan menyifatkan ia sebagai satu perkara biasa.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam mengulas tindakan wakil Johor yang tidak berpuas hati dengan pembahagian kerusi di Johor dan membuat keputusan untuk tidak hadir perhimpunan utama blok pembangkang itu sebagai persediaan untuk menghadapi pilihan raya umum tahun ini.

“Bukan semua hanya sebahagian. Bagi saya perkara biasa, tak jejas sama sekali hubungan dalam PH.

“Apa kita mahu dalam PH, menang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) atas 2 gelombang, iaitu (pengaruh) dibawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad,” beliau dipetik berkata hari ini.

PAN Johor tidak berpuas hati dengan pembahagian kerusi Parlimen antara 4 parti komponen di negeri itu.

Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang baharu setahun jagung ditubuhkan difahamkan mendapat kerusi lebih berbanding PAN, ia sekaligus mengundang rasa tidak puas hati dikalangan pemimpin negeri itu.

PAN Johor meminta untuk bertanding lima kerusi Parlimen bagaimanapun mereka hanya diberikan dua kerusi sahaja iaitu di Parit Sulong dan Pulai. – MalaysiaGazette

PAN Johor boikot Konvensyen PH