Singapura masih belum menerima sebarang makluman rasmi daripada Malaysia berhubung pembatalan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) kata Kementerian Pengangkutan republik berkenaan hari ini.

KUALA LUMPUR – Affin Hwang Capital Research menjangkakan kerja-kerja infrastruktur bagi projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) sebelah Malaysia bernilai kira-kira antara RM35 bilion hingga RM40 bilion.

Dalam nota penyelidikannya, firma itu berkata, bersandarkan yuran rakan kongsi penyampaian projek (PDP) bagi MRT1, MRT2 dan LRT3, enam peratus daripada kos projek perlu dibayar kepada PDP.

“Bersandarkan struktur yuran yang sama, PDP Malaysia bagi projek HSR berpotensi memperolehi keuntungan bersih sekitar RM1.6 bilion sehingga RM1.82 bilion (dengan kadar cukai korporat 24 peratus setahun) bagi tempoh pembinaan iaitu 2019-2026 atau RM200 juta sehingga RM228 juta setahun,” katanya.

Firma berkenaan menjangkakan dua pakej utama projek HSR akan dianugerahkan pada tahun ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast