Gempa dasar laut yang kuat telah melanda utara New Zealand dan dikhuatiri berlaku tsunami di wilayah tersebut.- Gambar hiasan.

YANGON – Gempa bumi dengan kekuatan 6.0 magnitud melanda tengah Myanmar awal pagi tadi.

Gempa cetek melanda sekitar 40 kilometer (24 batu) di barat bandar Pyu, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Ia diikuti oleh tiga gegaran lemah di rantau ini, dengan 5.3 magnitud.

“Ada kemungkinan kecederaan dan kerosakan yang rendah,” kata USGS.

Pusat gempa terletak di kawasan yang jarang penduduk di antara ibu kota Nay Pyi Taw ke utara dan hab komersial Yangon di selatan, sekurang-kurangnya 150 kilometer dari setiap lokasi.

Gempa bumi adalah kejadian biasa berlaku di Myanmar.

Negara itu pernah mengalami enam kali gempa bumi kuat dengan 7.0 magnitud antara tahun 1930 dan 1956, dekat Sagaing Fault. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast