Majlis tahlil dan bacaan yassin sempena 42 tahun kembali ke rahmatullah Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein di Masjid Tun Rahah di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri majlis tahlil dan bacaan Yaasin memperingati 42 tahun kembalinya Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein ke rahmatullah.

Majlis yang diadakan di Masjid Tun Rahah di sini turut dihadiri keluarga terdekat, Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakob dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Tun Abdul Razak, perdana menteri kedua Malaysia meninggal dunia pada 14 Januari 1976. Allahyarham digelar Bapa Pembangunan Malaysia berikutan dasar-dasar membangunkan negara yang diperkenalkan.

Majlis tahlil dan bacaan yassin sempena 42 tahun kembali ke rahmatullah Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein di Masjid Tun Rahah di Kuala Lumpur.

Di laman sosial Facebook dan Twitter, Najib melahirkan rasa sedih terhadap kehilangan bapanya.

“Dalam kesedihan, ada terpalit perasaan bangga bahawa Ayahanda meninggal dunia ketika berkhidmat untuk negara. Bagi saya, tiada pengorbanan lebih tinggi daripada itu. Al Fatihah,” katanya. – MalaysiaGazette