KUALA LUMPUR – “Alhamdulillah. Kami telah menemui jalan penyelesaian. Insya Allah semoga semuanya berjalan lancar dalam masa terdekat.”
Itu kenyataan Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM), Dr. Izwan Yusof berkenaan pertemuaan pihaknya dengan usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzaman hari ini.
Pertemuan itu bagi mengadakan perbincangan pihaknya dengan Nur Sajat yang ditemani kedua ibubapanya di pejabat JAKIM.
‘Pertemuan’ itu ekoran kontroversi yang dilaporkan penulis blog kontroversi, Sir Azri terhadap Nur Sajat sejak kebelakangan ini yang mendakwa penampilan usahawan itu di media sosial yang mendakwa dirinya wanita sejati memberi impak negatif kepada masyarakat.
Sebelum itu, Sir Azir dan Nur Sajat telah ‘berperang’ sesama sendiri di media sosial masing-masing.
Ekoran aduan Sir Azri kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom – JAKIM menawarkan diri untuk mengadakan pertemuan dengan Nur Sajat.
Nur Sajat dalam kenyataannya semalam menyatakan beliau menyambut baik dan tidak ada halangan bertemu dengan wakil JAKIM sekiranya ia bagi tujuan kebaikan.
Izwan semalam menerusi ‘mesej terbuka’ di laman sosial menyuarakan hasratnya untuk bertemu Nur Sajat.
Menerusi ‘mesej terbuka’ itu, Izwan yang juga pakar dalam menangani isu berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) berhajat bertemu Nur Sajat memandangkan isu yang timbul kebelakangan ini berkaitan dirinya hingga menimbulkan banyak persoalan dalam kalangan masyarakat.- MalaysiaGazette
Sir Azri mahu JAKIM ambil tindakan kepada Sajat