JAKARTA – Presiden Indonesia, Joko Widodo akan melakukan rombakan hari ini, menurut sumber Istana Presiden.

Rombakan kali ketiga dalam tempoh lima tahun itu dikatakan telah dijangkakan apabila menteri memohon untuk tidak hadir kerana bertanding pada pilihan raya wilayah pada akhir tahun ini.

Pihak istana bagaimanapun tidak mengesahkan siapa menteri yang bakal digantikan itu.

Bagaimanapun, Menteri Hal Ehwal Sosial bertanding pada pilihan raya di Jawa Timur dan Menteri Perindustrian Indonesia baru-baru ini dilantik mengetuai Golkar dan kedua-duanya dijangka digantikan.

Pilihan raya perundangan dan presiden akan diadakan pada tahun 2019. -MalaysiaGazette