KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku, hari ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Seri Paduka Baginda berkenan menerima sembah maklum mengenai perkembangan terkini urusan pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
“Seri Paduka Baginda dan Perdana Menteri turut membincangkan pelbagai isu-isu semasa,” katanya dalam hantaran hari ini.
Pertemuan antara Perdana Menteri bersama Seri Paduka Baginda berlangsung hampir sejam. – MalaysiaGazette
















