Home Pendapat PAN cuba jadi hero kes tanah Felda

PAN cuba jadi hero kes tanah Felda

Lakaran artis Kuala Lumpur Vertical City di atas tanah milik Felda di Jalan Semarak.

SAYA tidak faham kenapa Parti Amanah Negara (PAN) masih tidak boleh hadam dan terima hakikat yang kini tanah hak milik Felda di Jalan Semarak telah dikembalikan semula kepada agensi tersebut.

PAN terus-terusan mengeruhkan keadaan dengan membuat pelbagai spekulasi dan provokasi yang menyatakan ada ‘cerita’ disebalik penyerahan semula 16 hak milik tanah FELDA oleh Synergy Promenade Sdn Bhd.

Sepatutnya, mereka tidak berhak mempertingkaikan keputusan Synergy Promenade Sdn Bhd untuk memulangkan semula tanah tersebut.

Ini kerana, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menegaskan bahawa audit forensik dan siasatan polis berhubung isu tanah Felda akan diteruskan.

Ada baiknya, jika PAN hanya duduk diam dan menunggu laporan selanjutnya daripada pihak yang terlibat. Bukannya beriya-iya cuba untuk menjadi hero dalam menangani isu ini.

Jadi saya menyeru kepada PAN untuk menghentikan segala provokasi ini kerana ia akan menimbulkan api kebencian rakyat terhadap parti tersebut untuk kesekian kalinya.

Dan PAN juga tidak perlu menjadikan isu ini sebagai
modal semata-mata ingin mempengaruhi rakyat untuk menyebelahi mereka.

Sedangkan, Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad berhempas pulas dan bermati-matian ingin membela kebajikan peneroka untuk mendapatkan semula tanah mereka.

PAN pula tidak henti-henti membuat drama provokasi untuk mengelirukan rakyat.

PAN hanya sebuah parti yang gemar meracuni fikiran rakyat dengan isu-isu seperti ini.

Malah, mereka juga sengaja mahu menanam keraguan dan kebimbangan rakyat terhadap Felda dan kerajaan.

 

Penulis adalah Dhia Hani,
Penyelidik Persatuan Pemikir Muda Johor

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast