Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bercakap pada sidang media di Pameran ‘Kartun & Kita’ dan pelancaran Kalendar Acara (COE) Jabatan Muzium Malaysia (JMM) 2018 di Muzium Negara, Kuala Lumpur. foto IMRAN FAKHRI, 23 JANUARI 2018

KUALA LUMPUR – Mengteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mencadangkan agar diwujudkan lorong khas bagi pengguna kenderaan yang datang daripada Singapura ke Malaysia.

Jelasnya ia merupakan jalan penyelesaian yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas yang sering berlaku di Tambak Johor.

“Saya telah bangkitkan isu ini beberapa kali dalam kabinet . Sebagai contoh saya minta disediakan lorong khas dari Singapura ke Malaysia dan buat pemeriksaan untuk yang nak masuk ke Malaysia di situ,” katanya hari ini.

Namun katanya pelaksanaan lorong khas dan pemeriksaan berasingan itu sudah tentu memakan perbelanjaan yang besar yang memerlukan pertimbangan secara menyeluruh.

“Jadi pelaksanaan ini sudah tentu Timbalan Perdana Menteri perlukan masa dan kos jika mahu laksanakannya.

Dia (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) pun sebagai bekas Menteri Pelancongan tahu sumbangan kemasukan orang Singapura ke dalam negara untuk sektor ini,” ujarnya.

Terdahulu beliau diminta mengulas mengenai kesesakan lalu lintas di Tambak Johor yang dilihat tiada perpenghujung.

Mohamed Nazri terdahulu hadir ke Muzium Negara bagi majlis perasmian Pameran Kartun dan Kita, Pelancaran Kalendar Acara 2018 dan Pelancaran Buku Terbitan Jabatan Muzium Negara. -MalaysiaGazette