Reaksi ceria sebahagian orang ramai yang hadir mendengar ceramah pada Himpunan Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus, Terengganu. foto AFFAN FAUZI, 29 SEPTEMBER 2017.

KUALA LUMPUR – Pemuda PAS Selangor membalas kritikan AMK Selangor dengan membidas PKR sebenarnya adalah pengkhianat sebenar kepada rakyat di negeri tersebut.

Ketua Penerangannya, Mohamed Sukri Omar tidak senang dengan kritikan AMK Selangor kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengatakan mereka mahu merampas Selangor dalam pilihan raya umum ke-14 nanti.

Usahlah menafikan pengkhianatan yang dilakukan PKR di dalam Negeri Selangor.

“Cukuplah Langkah Kajang iaitu mandat rakyat yang dikhianati sebagai satu contoh menunjukan siapa pengkhianat rakyat Selangor sebenarnya,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga menyindir AMK Selangor supaya tidak menyibuk dengan urusan parti lain sebaliknya lebih baik merancang strategi untuk mempertahankan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang sudah semakin tidak mendapat sokongan rakyat.

“Cadangan saya eloklah AMK Selangor selesai isu-isu semasa pentadbiran untuk pengal yang terakhir memerintah ini dengan membantu YAB Menteri Besar.

“Barangkali juga boleh mengadakan ‘Himpunan dan Pelancaran Jentera PKR Selangor’ yang ditunjangi oleh AMK bagi memastikan jentera benar-benar wujud dalam mempertahankan kewibawaan Menteri Besar,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast