Anggota polis forensik menjalankan siasatan dan mengeluarkan mayat seorang wanita warga asing ditemui mati di sebuah hotel bajet di Bandar Kinrara, Selangor. Foto MUHAIMIN MARWAN, 31 DISEMBER 2024

KUALA LUMPUR – Dua lelaki warga asing ditahan polis berhubung penemuan mayat seorang wanita dipercayai dibunuh di dalam bilik sebuah hotel bajet di Taman Mawar, Puchong dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, A A Anbalagan berkata, kedua-dua suspek berusia 39 tahun itu dicekup di Bukit Puchong pukul 3 pagi tadi dan satu kertas siasatan telah dibuka.

“Kita menerima laporan berhubung kejadian ini daripada seorang lelaki tempatan mengenai penemuaan mayat wanita warga asing itu sekitar pukul 10.15 malam.

Anggota polis forensik menjalankan siasatan dan mengeluarkan mayat seorang wanita warga asing ditemui mati di sebuah hotel bajet di Bandar Kinrara, Selangor. Foto MUHAIMIN MARWAN, 31 DISEMBER 2024

“Mangsa berusia lingkungan 30-an itu ditemui dalam sedarkan diri dan berlumuran darah dipercayai dibunuh di dalam bilik sebuah hotel.

“Bagaimanapun, bedah siasat ke atas manga akan dijalankan di Hospital Serdang serta motif pembunuhan dan hubungan antara kedua-dua suspek bersama mangsa masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Anbalagan, kedua-dua suspek kini telah dikenakan reman tujuh hari sehingga 6 Januari ini bagi siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada masa sama, beliau menasihati orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu agar membantu siasatan.

Maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superitendan Siti Zamarah Jamaludin di talian 03-8074 2222. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Wanita Indonesia ditemui mati di bilik hotel bajet

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast