Anggota polis forensik menjalankan siasatan dan mengeluarkan mayat seorang wanita warga asing ditemui mati di sebuah hotel bajet di Bandar Kinrara, Selangor. Foto MUHAIMIN MARWAN, 31 DISEMBER 2024

KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga Indonesia ditemui mati di sebuah bilik hotel bajet di Bandar Kinrara, Puchong dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, polis menerima laporan penemuan mayat wanita itu dari pihak hotel berkenaan.

“Siasatan awal mendapati mayat mangsa ditemukan pekerja hotel terbabit sekitar pukul 9 malam sebelum melaporkannya kepada polis.

“Buat masa ini, siasatan dijalankan di lokasi kejadian termasuk melibatkan anggota forensik bagi mengumpul bahan bukti yang ada,” katanya ketika diminta pengesahan.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut berhubung siasatan di lokasi dan memaklumkan satu kenyataan media berkaitan kes dikeluarkan.

Difahamkan, semalam beberapa anggota unit forensik Polis Diraja Malaysia termasuk unit peronda menjalankan siasatan serta kawalan di sekitar lokasi kejadian. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast