Home Nasional Kepala pusing laju selepas minum kopi campuran

Kepala pusing laju selepas minum kopi campuran

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki mendedahkan beliau pening dan panas selepas menikmati kopi campuran yang menyebabkan beberapa orang diberi rawatan di hospital baru-baru ini.

Sapkota Mangal Prasad berkata, kopi itu diberikan oleh rakan sekerjanya.

“Saya minum kopi itu bersama Bishnu Shretsna (rakan) pada jam 9.30 pagi semasa sarapan ketika di tempat kerja.

“Tidak lama kemudian, saya terus pening kepala dan rasa (kepala) seperti berpusing dengan laju. Saya hanya sedar selepas berada di hospital,” katanya dipetik sebagai berkata.

Video Sapkota dan Bishnu mengalami gejala lemah dan letih keterlaluan selepas minum kopi berkenaan viral di media sosial.

Kedua-dua mereka menerima kunjungan Konsul Nepal di Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Cheng Guan berkata, pihaknya masih menunggu laporan analisis sampel kopi berkenaan daripada Jabatan Kesihatan Negeri dan Kementerian Kesihatan.

“Saya harap pihak berwajib dapat menyiasat perkara ini dengan terperinci kerana tidak mahu ada orang lain pula yang menjadi mangsa selepas ini,” tambahnya.

Semalam, Jabatan Kesihatan Negeri mengesahkan lima individu menerima rawatan di HPP, selepas minum sejenis kopi campuran segera. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast