Andik Vermansah.

KUALA LUMPUR – Kedah FA berjaya mengikat khidmat pemain sayap Selangor, Andik Vermansah bagi mengharungi saingan Liga Super musim ini.

Sebelum ini pemain kebangsaan Indonesia itu menjadi rebutan enam kelab liga Indonesia namun memilih untuk menyarung jersi hijau kuning bagi tempoh setahun dengan mengisi kuota terakhir pemain import.

Menurut kenyataan Kedah FA, pengesahan kontrak dan pendaftaran beliau dimaklumkan oleh Football Malaysia LLP petang tadi selepas proses pemeteraian kontrak dan pemeriksaan perubatan selesai semalam di Alor Setar.

Pemain kelahiran Jember itu mula menyertai The Red Giants pada 2013 dan sepanjang empat musim menyarung jersi skuad Gergasi Merah itu, Andik berjaya membantu pasukan itu melengkapkan Misi 33 dengan merangkul Piala Malaysia 2015.

“Saya akan berusaha keras di sini membantu skuad saya dan bermain dengan bersungguh-sungguh untuk Kedah.

“Pastinya kejayaan saya ini besar sekali kerana ini pasukan yang besar bukan pasukanĀ  biasa,” katanya

Andik akan menyarung jersi nombor 30 pada musim ini. – MalaysiaGazette