Home Dunia Takut duit hilang wanita panjat mesin X-ray

Takut duit hilang wanita panjat mesin X-ray

Rakaman imbasan X-ray wanita yang sedang berlutut. foto Agensi

DONGGUAN – Seorang wanita di China menimbulkan kekecohan apabila bertindak memanjat dan memasuki mesin X-ray semasa pemeriksaan keselamatan di sebuah stesen keretapi di wilayah ini.

Kakitangan keselamatan di stesen itu terkejut sebaik sahaja gambar orang yang muncul pada paparan mesin berkenaan pada hari Ahad lalu.

Wanita didakwa bertindak demikian setelah khuatir kehilangan wang dalam beg tangannya ketika diminta meletakkan beg itu melalui pemeriksaan keselamatan.

Rakaman video menunjukkan wanita berkenaan muncul dalam mesin X-ray dalam keadaan berlutut bersama empat bagasi yang sedang diimbas.

Susulan kejadian itu, kakitangan keretapi memberi amaran kepada penumpang untuk tidak memanjat kerana radiasi pada mesin tersebut berbahaya kepada manusia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast