Home Seni Hidup Aktres Sridevi meninggal dunia

Aktres Sridevi meninggal dunia

Sridewi

NEW DELHI – Bintang Bollywood, Sridevi Kapoor meninggal dunia akibat serangan jatung.

Beliau berusia 54 tahun.

Suaminya, Boney Kapoor dan anak perempuannya, Kushi bersama Sridevi semasa beliau menghembuskan nafas terakhirnya.

Aktres itu meninggal dunia di Dubai ketika menghadiri majlis perkahwinan keluarga.

Sridevi mula terlibat sebagai pelakon pada usia empat tahun selepas pembabitannya dalam filem Tamil, Telugu, Malaylam, Kannada dan Hindi, sekaligus meletakkan namanya sebagai superstar wanita India yang berupaya merekodkan kejayaan box office.

Membintangi lebih daripada 150 buah filem, antara yang popular ialah Mr India, Chandni, ChaalBaaz dan Sadma.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast