Home Dunia Gencatan senjata 30 hari di Syria

Gencatan senjata 30 hari di Syria

Seorang lelaki mendukung seorang kanak-kanak dari kawasan serangan di Ghouta. foto Agensi

NEW YORK – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Majlis sebulat suara meluluskan resolusi menuntut gencatan senjata selama 30 hari di Syria untuk membenarkan penghantaran bantuan dan pemindahan perubatan.

Walau bagaimanapun, beberapa kumpulan pemberontak terbesar dan sekutunya, tidak terlibat dalam gencatan senjata tersebut, menimbulkan persoalan mengenai kesan sebenarnya resolusi itu.

Kawasan kubu pemberontak Ghouta Timur berhampiran Damsyik telah dibom secara berterusan oleh tentera kerajaan selama seminggu.

Meskipun undi tersebut dibuat di New York, aktivis-aktivis berkata serangan masih terus berlaku.

Undi tersebut telah ditangguhkan beberapa kali sejak Khamis untuk mencapai perjanjian tersebut.

Rusia, sekutu kerajaan Syria, mahukan perubahan, sementara diplomat Barat menuduh Moscow sengaja membuang masa.

Kira-kira 500 orang didakwa dibunuh oleh tentera kerajaan di wilayah itu sejak Ahad lalu manakala pemberontak di Damsyik dilaporkan membunuh sekurang-kurangnya 16 orang awam. – MalaysiaGazette