Home Ekonomi Peminjam TEKUN bukan kaut untung besar

Peminjam TEKUN bukan kaut untung besar

Pengerusi Tekun Nasional, Datuk Nur Azita Abdul Rahman melakukan gimik pada malis Perasmian Buku Usahawan Tekun Nasional di Ibu Pejabat Tekun Nasional, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 26 FEBRUARI 2018.

KUALA LUMPUR – Cadangan meningkatkan penjaman mikro kredit perniagaan daripada RM1,000 kepada RM3,000 tidak sesuai untuk peniaga secara kecil-kecilan dan tidak mengaut untung yang besar.

Pengerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional, Datuk Nor Azita Abd Rahman berkata, pihaknya tidak mahu peniaga akan menanggung beban hutang di luar kemampuan mereka nanti.

Bagaimanapun pihaknya menerima secara terbuka semua cadangan-cadangan yang positif daripada pelbagai pihak termasuklah kewajaran untuk menambah jumlah minimun pinjaman perniagaan.

“Kita ambil maklum cadangan-cadangan yang baik. Tapi kita fikir masih ada orang yang memerlukan pinjaman yang kecil, yang berniaga bawah pokok, kalau dia tidak boleh datang TEKUN nak pergi mana?.

“Yang di bawah pokok ini boleh jadi berniaga dua minggu lepas tu tutup, jadi TEKUN kena fikir tentang keperluan itu.

“Keperluan untuk perniagaan kecil untungnya pun kecil, sedangkan dia berniaga mungkin untungnya RM50 sehari jadi mcam mana nak buat bayaran bulanannya kalau ditingkatkan pinjaman minimum itu,” katanya kepada pemberita ketika sidang media.

Terdahulu beliau merasmikan Buku Ushawan TEKUN Nasional di ibu pejabat agensi itu hari ini.

Tambahnya lagi, institut-institut kewangan yang ada dalam negara, selain TEKUN kebanyakan hanya memberikan pinjaman kepada peniaga yang stabil, lantaran agensi ini diwujudkan untuk membantu peniaga baru dengan modal yang kecil.

“Kebanyakan institusi akan pergi untuk orang yang dah berniaga besar sebab maknanya orang itu sudah stabil dari segi perniagaan,” katanya.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi mencadangkan agar TEKUN Nasional mengkaji semula pinjaman permulaan RM1,000 kerana menyifatkan ia bukan satu nilai sesuai untuk memulakan perniagaan kecil atau sederhana. -MalaysiaGazette