KUALA LUMPUR – Juara Gegar Vaganza musim keempat (GV4), Wan Aishah Wan Ariffin selamat menjalai pembedahan memendekkan usus di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras di sini.
Wanita berusia 53 tahun itu berkata, pembedahan itu dilakukan demi mengawal masalah obesiti yang dihidapinya.
Aishah berkata, rawatan tersebut dipilih setelah tidak dapat menahan kesakitan di bahagian lutut lantaran berat badannya yang berlebihan.
Pembedahan tersebut yang dinamakan gastric bypass itu merupakan satu kaedah untuk mengecilkan bahagian perut bagi mengatasi masalah berat badan berlebihan.
Aishah berkongsi gambarnya di hospital di laman sosial Facebook miliknya.
Dia dimasukkan ke PPUKM sejak 27 Februari lalu. – MalaysiaGazette