Pep Guardiola yakin lagenda Arsenal Thierry Henry pengganti terbaik Wenger di Emirates akhir musim ini.

LONDON – Pep Guardiola dapat membayangkan lagenda bola sepak Perancis, Thierry Henrry akan mengambilalih kejurulatihan Arsenal pada masa hadapan.

Kekalahan 3-0 berturut-turut the Gunners kepada Manchester City dalam saingan Piala Carabao Ahad lalu dan Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi mengakibatkan nasib Arsene Wenger tidak selamat ketika ini.

Bantahan penyokong setia kelab itu semakin bertambah dan mahu pengurus warga Perancis itu berundur dari kelab akhir musim ini.

Sebelum ini bekas penyerang Arsenal, Henry mengakui dia berminat untuk mengambialih tugas kejurulatihan jika Wenger sedia berundur.

“Jika dia (Henry) mahu menjadi pengurus, maka dia ada bakat itu.

“Tetapi dialah yang perlu membuat keputusan bukannya saya,” kata Pep Guardiola semalam.

Wenger kini dalam kedudukan terdesak untuk membuat keputusan demi masa depan diri, pemain dan kelab setelah Arsenal kalah kali kedua kepada Manchester City dalam aksi EPL awal pagi tadi.

Ditanya mengenai Wenger, bekas jurulatih Barcelona dan Bayern Munich itu berkata: “Kami bergaduh dan beraksi di Barcelona, Bayern Munich dan di EPL sekarang.

“Saya tahu semua pengurus kelab boleh berada dalam situasi getir sebegitu.

“Tetapi saya berharap dia (Wenger) akan mengambil keputusan yang terbaik untuk dirinya, pemain dan kelab Arsenal,” tegasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast