Home Utama KM nafi artikel isu murtad

KM nafi artikel isu murtad

Sawarak state election government assembly Abang Johari Tun Openg.
Abang Johari Tun Openg

KUCHING – Pejabat Ketua Menteri Sarawak (OCMS) menafikan sebuah artikel yang dikeluarkan media tempatan semalam di bawah tajuk “Sarawak to Amend State Shariah Laws on Apostasy”.

Dalam satu kenyataan, OCMS menegaskan bahawa artikel yang dikeluarkan “Malaymailonline”semalam yang menyebut bahawa cadangan pindaan kepada Ordinan Mahkamah Syariah 2001 bagi memudahkan mualaf untuk keluar dari Islam seperti yang dilaporkan, adalah amat tidak tepat.

“Laporan itu tidak menggambarkan apa yang dinyatakan Ketua Menteri. Ketua Menteri dengan jelas menyatakan bahawa memandangkan Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa Mahkamah Syariah berbidang kuasa mendengar kes murtad, maka adalah perlu untuk tindakan lanjut,” menurut kenyataan itu.

“Termasuk mengkaji keperluan sama ada untuk meminda Ordinan Mahkamah Syariah 2001 atau Ordinan Majlis Agama Islam Sarawak 2001, serta keperluan menyediakan prosedur operasi standard (SOP) bagi tujuan pelaksanaan,” tambahnya.

Isu itu timbul selepas empat rakyat Sarawak yang ingin mengetahui sama ada mahkamah sivil atau mahkamah syariah yang mempunyai kuasa dalam menentukan tentang usaha mereka untuk keluar daripada Islam.

Keputusan itu menimbulkan banyak reaksi dari pelbagai pihak khususnya di Sarawak. MalaysiaGazette