KAJANG – Mayat seorang lelaki ditemui orang awam dalam keadaan terbaring berhampiran sebuah pondok bas di Jalan Sungai Kantan, Kajang di sini pagi tadi.

Sumber memberitahu, mangsa dikenali Mohd. Syafiq Mahar Affandi, berusia 33 tahun dan berpakaian lengkap ditemukan orang awam pada pukul 7 pagi.

“Mangsa berasal dari Desa Sri Jenaris dipercayai telah meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemeriksaan fizikal mendapati tiada tanda-tanda yang menunjukkan mangsa mati akibat perbuatan jenayah.

“Hanya terdapat luka kecil di lutut kiri dan kanan,” katanya sumber yang enggan dikenali. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast