Home Dunia Trump datang pembukaan kedutaan AS di Baitulmaqdis

Trump datang pembukaan kedutaan AS di Baitulmaqdis

Donald Trump dan Benjamin Netanyahu . foto Agensi

WASHINGTON – Presiden Donald Trump berkata, beliau mungkin akan ke Israel untuk pembukaan Kedutaan Amerika Syarikat di Baitulmaqdis.

Pembukaan kedutaan itu dirancang pada Mei ini.

Keputusan Trump untuk mengiktraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel bertentangan dengan polisi Amerika Syarikat sejak berdekad lalu, telah mendapat penetangan dalam kalangan sekutu Arab dan menjejaskan rundingan damai Asia Barat.

Malah, langkah Trump itu turut tidak dipersetujui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

“Kami akan datang. Jika saya boleh, saya akan (datang),” katanya dalam satu pertemuan dengan Benjamin Netanyahu di Pejabat Oval, White House. – MalaysiaGazette