Home Dunia Orangutan merokok, zoo dikutuk

Orangutan merokok, zoo dikutuk

Rakaman Orangutan yang diberi nama Ordon sedang merokok di zoo. Bandung. foto Agensi

JAKARTA – Aktivis-aktivis pencinta haiwan mengutuk kakitangan zoo di Bandung selepas rakaman Orangutan merokok tular di media sosial.

Dalam itu memaparkan seorang pelawat mencampakkan rokok di kandang orangutan dan Odon, 22 mengambil lalu menghisapnya.

Kakitangan zoo berkenaan kecewa dengan insiden berkenaan dan memberitahu kejadian itu berlaku ketika penjaga sedang berehat.

Indonesia merupakan antara negara yang mempunyai kadar perokok tertinggi di dunia dan rekod buruk dalam perlindungan haiwan.

Jurucakap zoo berkata, pelbagai pendekatan telah dilakukan untuk mengelakkan insiden itu berlaku.

“Ada papan tanda yang menghalang pelawat memberi makanan dan rokok kepada haiwan-haiwan,” katanya.

Pengasas Masyarakat Kebajikan Haiwan Indonesia, Marison Guciano berkata, pengurusan zoo itu mempunyai kawalan yang lemah dan standard zoo yang teruk.

“Hampir kesemua berkeadaan teruk…dari kandang hingga keperluan makanan kepada kesihatan haiwan,” ujarnya.

Beruang di zoo berkenaan juga kurus dan meminta makanan daripada pengunjung. – MalaysiaGazette