Neymar mengarahkan bapanya selaku agen melengkapkan perpindahannya ke Real Madrid sebelum kempen Piala Dunia Rusia 2018 bermula Jun ini.

PERANCIS – Bintang sensasi bola sepak, Neymar dilaporkan sudah membuat ketetapannya untuk menyertai Real Madrid akhir musim ini.

Berita terkini di Perancis mendakwa Neymar mahu meninggalkan Paris Saint Germain di penghujung musim ini.

Malah Bintang antarabangsa Brazil itu dikatakan meminta bapanya untuk memuktamadkan penghijrahannya ke Santiago Bernabeu sebelum kempen Piala Dunia Rusia 2018 membuka tirai 14 Jun ini.

Syarikat gergasi pengeluar peralatan sukan terkemuka dunia, Nike akan memainkan peranan untuk melengkapkan perpindahan Neymar walaupun penaja Real Madrid adalah Adidas.

Neymar kini tidak beraksi bersama PSG setelah menjalani pembedahan akibat kecederaan pada lutut.

Pemain berusia 26 tahun itu hanya menyertai PSG dari Barcelona musim lalu dengan rekod dunia £198 juta (RM1.07 bilion).

Tetapi, laporan Sports di Sepanyol mendakwa pemain itu kini bersedia untuk kembali ke La Liga dan menyertai musuh tradisi Barcelona, iaitu Real Madrid.

Bapanya yang memainkan peranan sebagai agen dilaporkan sudah mengadakan pertemuan dengan pemilik Real Madrid di Sepanyol.

Juara bertahan Liga Juara-Juara Eropah itu dikatakan bersedia menawarkan bidaan rekod dunia berjumlah £355 juta (RM1.9 bilion). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast