Home Nasional Pemansuhan faedah kad kredit tidak memanfaatkan ekonomi

Pemansuhan faedah kad kredit tidak memanfaatkan ekonomi

Isi rumah Malaysia gagal kawal penggunaan kad kredit. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pendekatan mengurangkan atau menghapuskan bayaran faedah yang dikenakan ke atas penggunaan kad kredit tidak semestinya memanfaatkan ekonomi negara, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Othman Aziz berkata, sebaliknya jika dilaksanakan ia akan menggalakkan tabiat berbelanja tidak berhemah dan kurang berdisiplin di kalangan pemegang kad kredit.

“Peraturan yang dilaksanakan di United Kingdom tidak perlu dilaksanakan di Malaysia kerana pelbagai langkah pencegahan telahpun diambil sejak 2006 oleh Bank Negara untuk mengelak pemegang kad kredit menanggung hutang berterusan,” katanya dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Hasan Malek (BN-Kuala Pilah) yang ingin tahu sama ada kerajaan mempunyai perancangan menghapuskan kenaan bayaran faedah ke atas penggunaan kad kredit seperti yang mula dilaksanakan di United Kingdom.

Othman berkata, selain daripada langkah-langkah yang telah diperkenalkan Bank Negara, kerajaan juga akan menggubal Akta Kredit Pengguna untuk mengawal selia aktiviti pemberian kredit, selain mengukuhkan perlindungan bagi pengguna termasuk pemegang kad kredit. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast