KUALA LUMPUR – Khazanah Nasional Bhd mengumumkan pelantikan Bryan Lim, Pengarah Pelaburan dan Ketua Serantau Khazanah di Beijing untuk mengambil alih peranan Datuk Ben Chan.
Ben akan meninggalkan sayap pelaburan itu
Dalam satu kenyataan hari ini, Khazanah berkata, Bryan kan mengambil alih tanggungjawab dalam mengetuai kehadiran keseluruhan Khazanah di China.
Beliau juga akan bertanggungjawab bagi operasi di Korea dan Jepun, yang bersama-sama dengan China di Asia Utara,” katanya.
Ben menyertai Khazanah dalam pelbagai kapasiti hampir 13 tahun lalu.
Beliau dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Pelaburan pada bulan April 2008 dan kemudan dilantik sebagai Ketua Pelaburan (Transaksi) pada 1 Jun 2017. – MalaysiaGazette