Home Sukan Messi jaring gol ke-100 belasah Chelsea

Messi jaring gol ke-100 belasah Chelsea

Lionel Messi.

BARCELONA – Lionel Messi membuktikan dia masih berbisa apabila dua gol jaringannya membantu Barcelona membelasah Chelsea, sekaligus mencatat gol yang ke-100 untuknya dalam kejohanan Liga Juara-Juara Eropah, pagi tadi.

Ketika Chelsea belum sempat membuat hantaran, pemain antarabangsa Argentina itu mengganas seawal minit ketiga yang mengamatkan penyokong tuan rumah.

Messi kemudiannya mengumpan bola kepada Ousmane Dembela untuk gol kedua Barcelona pada perlawanan kedua pusingan 16 terbaik di Nou Camp .

Pemain berusai 31 tahu itu menjaringkan satu lagi gol untuk jaringannya yang ke-100 melaui 123 penampilan dalam Liga Juara-Juara seterusnya membantu pasukannya membelasah Chelsea dengan agregat 4-1.

Messi menjadi pemain kedua mencatat tahap berkenaan dalam kejohanan utama Eropah itu, selepas pemain Real Madrid, Cristiano Ronaldo yang menjaringkan 117 gol dalam 152 perlawanan. – MalaysiaGazette