Proton pernah menguasai hampir 80 peratus pasaran kenderaan
Proton Iriz

KUALA LUMPUR – Proton Holdings Bhd. (Proton) yakin mampu mencapai prestasi lebih baik dalam skor auditnya sebagai persediaan untuk pelancaran SUV pertama syarikat itu yang dijadualkan pada akhir tahun ini.

Dalam kenyataannya, Proton berkata, penambahbaikan telah diperkenalkan secara berperingkat dengan jadual audit seterusnya adalah pada bulan ini.

“Selepas kerjasama dengan Geely Holdings diumumkan, Proton melalui program penambahbaikan kualiti bersama rakan kongsingya mengguna satu sistem penilaian yang bersandarkan kepada kriteria penskoran global Volvo.

“Pada Disember 2017, sebuah audit telah diadakan oleh Geely dan ia menunjukkan satu prestasi yang amat memberangsangkan apabila berlakunya peningkatan tiga kali ganda, yang mana ia adalah ujian kepada keberkesanan kerja-kerja yang dilakukan di antara dua syarikat,” katanya.

Sementara itu, Proton meraih jualan bersamaan dengan 9.6 peratus penguasaan pasaran automotif Malaysia pada Februari 2018 dengan majoriti jualan disokong oleh model Saga, Persona, Exora dan Iriz.

Katanya, model-model tersebut terus menarik minat pelanggan disebabkan oleh reka bentuk yang menarik, teknologi serta berbaloi.

“Proton memberi tumpuan kepada aktiviti-aktiviti untuk mencapai kejayaan pada tahun-tahun mendatang dengan memberi fokus kepada insiatif jualan, pemasaran dan penambahbaikan kualiti dan dalam masa yang sama ujian terhadap SUV pertama yang juga merupakan model pertama yang dibangunkan bersama Geely akan dilancarkan pada suku keempat,” katanya. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast