John Bailey. Foto The Independent.

LOS ANGELES -Presiden Academy of Motion Picture Arts and Sciences, John Bailey sedang disiasat atas dakwaan melakukan gangguan seksual.

Majalah Variety melaporkan, pihak Academy iaitu badan yang menganjurkan anugerah berprestij Oscars segera membuat siasatan sebaik menerima tiga dakwaan ke atas Bailey pada Rabu lalu.

Ogos tahun lalu, Bailey, 75, yang seorang sinematografer dan pernah menerima pujian menerusi filem Groundhog Day dan ‘The Big Chill’ dipilih sebagai ketua Akademy itu.

Selepas pelantikannya, pelakon Alyssa Milano mengetengahkan dakwaan penderaan seksual menerusi pergerakan #MeToo  yang kemudian menjadi popular di seluruh dunia.

Oktober lalu, Academy menyingkir pemilik studio Miramax, Harvey Weinstein menghasilkan filem pecah panggung ‘Shakespeare In Love’ dan ‘Pulp Fiction’.

Pada Disember lalu, Academy itu menerima kod tata cara kelakuan untuk anggotanya.

Dalam majlis makan tengah hari Februari lalu untuk calon Oscar, Bailey berjanji, Academy itu akan menerima satu ‘kesedaran dan tanggungjawab lebih besar bagi menyeimbangkan jantina, kaum, etnik dan agama.’

Academy itu bagaimanapun tidak menjawab permohonan untuk mengulas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast