Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Tunku Ismail Sultan Ibrahim

KUALA TERENGGANU – Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mahu Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim memikirkan kembali keputusan baginda meletak jawatan selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Timbalan Presiden 1 PBSNT Datuk Wan Nawawi Wan Ismail berkata ini kerana baginda telah banyak memberi sumbangan dan pembaharuan dalam arena bola sepak negara sejak menerajui persatuan itu.

“Kita merasakan setakat ini penglibatan TMJ dalam arena bola sepak kebangsaan telah memberikan satu suntikan yang agak baik terutama dalam penyusunan dan pelaksanaan perlawanan Liga Super, Liga Perdana dan lain-lain perlawanan.

“Baginda juga telah berusaha mendapatkan tajaan sebagai insentif kepada pasukan yang bertanding dalam liga dengan nilai tertentu dan ia sedikit sebanyak membantu mengurangkan beban pasukan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Khamis lepas, TMJ membuat pengumuman ingin meletak jawatan sebagai Presiden FAM dalam laman Facebook Johor Southern Tigers berikutan kejatuhan ranking skuad Harimau Malaya ke tangga 178 dunia dan menganggapnya sebagai satu kegagalan besar.-BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast