Muhammad Ziyad Zolkefli foto HAZROL ZAINAL, 21 SEPTEMBER 2017.

KUALA LUMPUR – Jaguh dunia, Muhamad Ziyad Zolkefli meraih pingat emas acara lontar peluru T20 (masalah pembelajaran) pada Kejohanan Olahraga Antarabangsa Fazza ke-10 – Grand Prix (GP) Olahraga Para Dunia di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, hari ini.

Institut Sukan Negara (ISN) dalam kenyataan Muhamad Ziyad ternyata sukar digugat menerusi lontaran cemerlangnya sejauh 16.42 meter pada balingan kelima di kejohanan itu.

Dia menewaskan Dimitrios Senikidis dari Greece di tempat kedua dengan catatan 15.27m untuk pingat perak, manakala Vladimir Butucea dari Moldova meraih gangsa dengan lontaran 10.78m.

Baru-baru ini, Muhamad Ziyad dipilih sebagai Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2017. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast