Pusat Perubatan Prince Court

KUALA LUMPUR- Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) membeli 100 peratus pegangan dalam Prince Court Medical Centre daripada Petroleum Nasional Bhd.

Bagaimanapun, tiada nilai urusniaga yang didedahkan.

Khazanah dalam satu kenyataan malam tadi berkata, ia telah menandatangani satu perjanjian jual beli dengan Petronas untuk mengambil alih hospital berkenaan pada harga yang telah dipersetujui dan pembayaran akan dibuat semasa urusniaga selesai.

Sayap pelaburan negara yang dalam usaha mengukuhkan kedudukannya dalam sektor penjagaan kesihatan itu menjangkakan urusniaga akan disempurnakan menjelang suku kedua tahun ini.

Di bawah perjanjian kerjasama, Khazanah akan meminta anak syarikat penjagaan kesihatannya, IHH Healthcare Bhd. untuk berkongsi perkhidmatan sokongan dan inisiatif-inisiatif menambah baik operasi kepada hospital tersebut.-MalaysiaGazette