Home Dunia Arab Saudi tembak tujuh peluru Houthi

Arab Saudi tembak tujuh peluru Houthi

Percikan api di udara selepas tentera udara Arab Saudi menembak peluru berpandu yang dilepaskan oleh Houthi di Riyadh semalam. foto Agensi

RIYADH – Tentera udara Arab Saudi menembak tujuh peluru berpandu balistik yang dibedil oleh puak Houthi Yaman semalam.

Dalam serangan balas itu, angkatan tentera Arab memusnahkan tiga peluru berpandu di timur laut Riyadh sejurus sebelum tengah malam, serta yang lain menembak di bandar-bandar selatan Najran, Jizan dan Khamis Mushait, katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh agensi berita negeri SPA.

Serpihan daripada peluru berpandu itu telah jatuh di sebuah kediaman di Riyadh dan membunuh seorang penduduk Mesir manakala dua lagi dilaporkan cedera, menurut

Ia merupakan kes kematian pertama di ibu negara Riyadh sepanjang kempen ketenteraan yang diketua Arab Saudi di Yaman.

Wartawan Reuters yang melaporkan kejadian itu melaporkan terdengar beberapa bunyi dentuman dan asap di udara.

Saksi-saksi lain juga nampak cahaya diikuti dengan letupan-letupan.

Serangan Houthi ke atas Arab Saudi itu merupakan kali ketiga dalam tempoh lima bulan – jelas menunjukkan usaha Houthi untuk menyerang bandar Arab Saudi dan mengancam untuk meningkatkan persaingan serantau antara Iran dan Arab Saudi.

Agensi berita SABA yang dikendalikan oleh Houthi melaporkan pasukan peluru berpandu kumpulan itu mensasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh dengan peluru berpandu Burkan H2.

Kumpulan itu turut menggunakan beberapa jenis peluru berpandu untuk membedil lapangan terbang di Jizan, Najran dan Abha, bandar di selatan Arab Saudi. – MalaysiaGazette