KUALA LUMPUR- Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) komited untuk memantau pasaran ride-hailing selepas penjualan pegangan Uber kepada musuh tradisinya, Grab di Asia Tenggara.

Ini menurut mereka adalah bagi mengelakkan persaingan dalam perniagaan tersebut tidak terganggu akibat penggabungan tersebut.

“Kami bersama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan memastikan persaingan dalam perkhidmatan ini tidak terganggu kerana ketika ini banyak syarikat-syarikat kecil turut menawarkan perkhidmatan serupanya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas badan tersebut, tugas mereka adalah untuk melindungi proses persaingan secara sihat dalam kalangan syarikat-syarikat kecil di bawah Akta Persaingan 2010. – MalaysiaGazette