Home Nasional Persempadanan semula ‘rancangan’ orang tidak sihat – Xavier

Persempadanan semula ‘rancangan’ orang tidak sihat – Xavier

Xavier Jayakumar

SHAH ALAM – Persempadanan semula didalangi ‘kumpulan’ untuk menang, bukan daripada ketelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dakwa Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Andalas, Dr. Xavier Jayakumar.

Katanya, pertambahan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kawasan Parlimen jelas hanya mahu memberi kelebihan kepada parti tertentu pada pilihan raya akan datang.

“Ini bukan sesuatu yang dilakukan oleh orang yang sihat. Pelan tindakan ini sesuatu (mencurigakan).

“Ini semua bukan dilakukan oleh SPR untuk tengok keadilan, selamatkan negara, tidak ada. Ini dilakukan oleh satu kumpulan untuk menang atau mereka ingat dan yakin boleh menang,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika membahaskan usul tergempar untuk menarik semula cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya pada persidangan DUN hari ini.

Justeru, Xavier mendesak agar usul persempadanan semula yang dibentangkan di Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ditarik semula

Terdahulu, DUN Selangor meluluskan usul tergempar yang dibawa Rajiv Rishyakaran (DAP-Bukit Gasing) untuk membahas laporan Persempadanan Semula SPR. -MalaysiaGazette