Pengerusi Pemodalan Nasional Berhad, Tan Sri Abdul Wahid Omar (tengah) bergambar kenangan bersama rakan korporat Pada Majlis Pra Pelancaran Minggu Amanah Saham Malaysia di Menara PNB, Kuala Lumpur. foto AQIRA AZEMI, 03 APRIL 2018

KUALA LUMPUR – Pameran Minggu Saham Amanah 2018 (MSAM 2018) memperkenalkan elemen baharu sejajar dengan perkembangan teknologi dan digital.

Ia termasuk penggunaan aplikasi mudah alih sepadan dengan temanya “Pendigitalan Pengalaman Pengguna.”

Pengunjung boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai setiap program atau acara sepanjang MSAM 2018 berlangsung dan mendaftar untuk menyertai mana-mana acara.

Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd. (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, pameran yang diadakan setiap tahun ini turut memberi peluang kepada pengunjung untuk memahami tentang pelaburan unit amanah dengan lebih jelas terutamanya hubung kait risiko dengan pulangan.

“Setakat ini seramai 3.6 juta pengunjung telah mengunjungi MSAM sejak ia dilancarkan 19 tahun lalu.

“Untuk tahun kini kami mensasarkan seramai 150,000 pengunjung untuk hadir ke MSAM 2018 yang akan diadakan pada  19 April sehingga 25 April ini di Batu Pahat, Johor,” katanya semasa sidang media sempena pra-pelancaran MSAM 2018 di sini hari ini.

Yang turut hadir Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad serta wakil-wakil syarikat pelaburan PNB yang juga merupakan rakan korporat MSAM 2018.

Pameran MSAM 2018 turut menawarkan pelbagai hadiah menarik antaranya rumah teres berharga RM375,000 di Bandar Universiti Pagoh yang dibangunkan oleh Sime Darby Property.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast