Foto Daily Star.

LOS ANGELES – Jaringan sepakan gunting Cristiano Ronaldo ketika  menjaringkan gol ketika Real Madrid menang Juventus 3 – 0 di Turin terus diperkatakan.

Peminat bola sepak seluruh dunia masih bercerita tentang gol tersebut termasuk nama-nama besar dalam bola sepak sendiri.

Bos Juventus, Max Allegri menyifatkan jaringan itu harus diberikan tepukan dan ia dibuktikan penyokong-penyokong di Turin yang menghargai gol Ronaldo.

Gol sepakan gunting itu juga sudah pasti mengingatkan kembali nama Zlatan Ibrahimovic.

Bekas penyerang Manchester turut tertarik dengan jaringan tersebut dan memuji gol Ronaldo tersebut.

Ibrahimovic mencadangkan Ronaldo cuba melakukannya dari jarak 40 meter kerana bekas pemain antarabangsa Sweden itu pernah menjaringkan gol daripada libasan gunting dari tengah padang ketika menentang England.

Ibrahimovic kini beraksi untuk LA Galaxy di Amerika Syarikat dan dia menjadi inspirasi kebangkitan LA Galaxy dalam penampilan pertama minggu lalu. – MalaysiaGazette