Home Utama Penjawat awam diingatkan buat pilihan tepat

Penjawat awam diingatkan buat pilihan tepat

Status berhubung kenaikan satu gaji tahunan (KGT) untuk penjawat awam Julai ini akan ditentukan oleh kerajaan baharu, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Mohd Ali Hamsa.
Status berhubung kenaikan satu gaji tahunan (KGT) untuk penjawat awam Julai ini akan ditentukan oleh kerajaan baharu, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Mohd Ali Hamsa.

PUTRAJAYA – Seluruh penjawat awam diingatkan agar mengundi dan membuat pilihan yang tepat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) memastikan kesinambungan keamanan, keharmonian dan kestabilan ekonomi yang dinikmati pada hari ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, pilihan yang dibuat itu perlulah berdasarkan fakta dan bukannya dipengaruhi emosi.

“Kita akan berdepan dengan pilihan raya, saya ingin mengingatkan 1.6 juta penjawat awam supaya melaksanakan hak masing-masing secara bertanggungjawab.

“Jangan benarkan emosi menguasai diri,” katanya semasa berucap pada Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Jabatan Perdana Menteri (JPM) 2018 hari ini.

Pada majlis itu seramai 1,812 penjawat awam pelbagai agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri menerima APC 2017.

Beliau percaya, pencapaian negara hari ini tidak akan terhasil tanpa dasar dan inisiatif yang diperkenalkan barisan kepimpinan negara.

Katanya, momentum kecemerlangan kerajaan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara akan diteruskan jika kakitangan awam terus menyokong usaha agenda Transformasi Nasional 2050 (TN50). – MalaysiaGazette