Home Korporat Qualcomm buang 1,500 pekerja

Qualcomm buang 1,500 pekerja

CALIFORNIA – Firma pembuat cip, Qualcomm Inc. akan mengurangkan 1,500 pekerja merentasi jabatan di pejabatnya di California sebagai janjinya kepada pelabur untuk mengurangkan kos tahunan sebanyak AS$1 bilion.

Syarikat itu mempunyai kira-kira 33,800 orang pekerja setakat 24 September lalu.

Qualcomm berkata, ia merancang untuk mengurangkan 1,231 pekerjaan di pejabat San Diego dan 269 lagi di San Jose dan Santa Clara.

Walaupun syarikat tersebut mempertimbangkan pengurangan kos tanpa pemberhentian, namun pengurangan pekerjaan itu perlu untuk menyokong pertumbuhan dan kejayaan jangka panjang, kata jurucakap Qualcomm.

Qualcomm pada bulan Januari memaklumkan ia akan melaksanakan satu siri penurunan sasaran ke seluruh perniagaan, sebagai sebahagian daripada percubaannya untuk memenangi sokongan pelabur untuk menentang bidaan daripada pesaingnya Broadcom Inc.

Bagaimanapun, tawaran itu dibatalkan oleh pentadbiran Donald Trump atas alasan keselamatan negara. – MalaysiaGazette