Home Uncategorized Duchess of Cambridge selamat lahirkan bayi lelaki

Duchess of Cambridge selamat lahirkan bayi lelaki

Putera William dan Kate, Duchess of Cambridge bersama bayi lelaki mereka yang dilahirkan pada hari Isnin. foto AP

LONDON – Isteri Putera William, Duchess of Cambridge selamat melahirkan anak lelaki – pewaris kelima diraja Britain.

Catherine melahirkan bayinya pada pukul 11 pagi di Hospital St Mary di Paddington, barat London, menurut kenyataan Istana Kensington.

“Keluarga diraja itu mengucapkan terima kasih kepada kakitangan hospital yang memberi penjagaan dan rawatan.

“Pasangan diraja itu juga mengucapkan terima kasih kepada semua di atas doa yang diberikan,” kata kenyataan itu.

Ibu dan bayi lelaki seberat 3.8 kilogram itu dalam keadaan sihat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast