Home Ekonomi SC denda Tang Boon Hiap

SC denda Tang Boon Hiap

KUALA LUMPUR – Lembaga Pemantauan Audit (AOB) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengenakan celaan dan mendenda Tang Boon Hiap dari CHI-LLTC sejumlah RM225,000 kerana gagal mematuhi Piawaian Pengauditan Antarabangsa ketika mengaudit sebuah syarikat awam tersenarai.

Pematuhan terhadap piawaian pengauditan apabila mengaudit penyata kewangan entiti kepentingan awam merupakan syarat pendaftaran bagi pihak yang berdaftar dengan AOB, kata SC.

Tindakan AOB mencerminkan keseriusan dalam pemerhatiannya terhadap Tang yang telah gagal untuk merangka dan melaksanakan prosedur audit tertentu ketika mengaudit penyata kewangan mengenai inventori, penghutang lain, deposit tetap dan muhibah.

Rayuan Tang kepada SC terhadap kuantum penalti kewangan yang dikenakan ke atasnya telah ditolak dan keputusan AOB tersebut telah disahkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast