Home Nasional Adam Rosly dipenjara 6 bulan

Adam Rosly dipenjara 6 bulan

Adam Rosly
Gambar arkib Adam Rosly diiringi anggota penguatkuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia keluar dari Mahkamah Majistret Putrajaya. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 14 APRIL 2017.

KUALA LUMPUR – Ketua Angkatan Muda Keadilan Adam Rosly Abdullah dijatuhi hukuman penjara selama enam bulan kerana memberikan kenyataan dan dokumen palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kekayaan luar biasanya tahun lepas.

Mahkanah Sesyen itu juga mendenda beliau sebanyak RM30,000 atas kesalahan yang dilakukan pada Khamis.

Beliau didakwa memberikan kenyataan palsu kepada pegawai penyiasat SPRM di bawah Seksyen 32 Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Kegananasan dan Hasil Aktiviti Haram.

Ia mempunyai kaitan dengan kekayaan luar biasa yang membabitkan kariernya sebagai ahli perniagaan, pendapatan, kereta mewah serta banglo bernilai RM200,000 pinjaman daripada ibu mertua dan arwah neneknya manakala sejumlah RM500,000 lagi didakwa dipinjam daripada ah long.

Beliau didakwa melakukan kesalahan tersebut di ibu pejabat SPRM di Putrajaya di antara jam 9 pagi sehingga 12.15 malam pada 10 Februari 2017 dan di antara 9 pagi sehingga 2 petang pada 22 Februari pada tahun yang sama.-MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast