kebumi, Dr Fadi, Gaza, jenazah
Ribuan penduduk Gaza mengiringi jenazah Imam Palestin, Dr. Fadi Mohammed Al Batsh untuk dikebumikan.

KUALA LUMPUR – Jenazah Imam Palestin, Dr. Fadi Mohammed Al Batsh yang ditembak mati di Kuala Lumpur pada Sabtu lalu selamat dikebumikan di Gaza, Palestin selepas Maghrib (waktu tempatan) semalam.

Aqsa Sariif menerusi laman Facebooknya berkata, jenazah beliau diarak ribuan penduduk Gaza.

“Balu dan anak-anak almarhum juga telah bertemu kembali dengan keluarga Dr. Fadi. Bagi Doaa, Aseel dan Muhammad pertemuan ini adalah pertemuan kali yang pertama dengan keluarga mak dan ayah as-Syahid,” katanya

Aqsa Syarif merupakan institusi di bawah kendalian Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE) yang menjurus kepada bantuan kemanusiaan ke Palestin.

Jenazah Dr. Fadi yang juga merupakan pensyarah di sebuah universiti swasta di Kuala Lumpur diterbangkan dengan pesawat Saudia ke Kaherah sebelum dibawa ke Gaza menerusi jalan darat dan tiba di destinasi terakhir itukira-kira pukul 8 malam semalam .

Dr. Fadi ditembak mati dalam jarak dekat oleh dua lelaki pada Sabtu lalu ketika dalam perjalanan untuk menunaikan solat subuh di surau berhampiran kediamannya di Setapak. – MalaysiaGazette