Home Nasional Etika pakaian fitnah baru pembangkang

Etika pakaian fitnah baru pembangkang

Mesej mengenai etika pakaian semasa mengundi yang menjadi tular di laman sosial.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri berkata, pembangkang terus berkempen dengan menabur fitnah dan berita palsu untuk meraih undi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Antara fitnah itu termasuk mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan etika baru berpakaian semasa hari pengundian pada 9 Mei ini.

“Jadi dalam kes ini, siapa yang bohong? Tak pasti jangan kongsi. Pembangkang berkempen dengan fitnah dan berita palsu untuk meraih undi! #TsunamiPHitnah,” kata Datuk Seri Najib Razak.

Sebelum ini heboh dengan mesej yang tular di laman sosial mengenai etika pemakaian sopan seperti ke pejabat ketika pengundi hadir di pusat-pusat pengundian.

Bagaimanapun, SPR menafikannya dan berkata pihaknya tidak pernah menetapkan etika berpakaian seperti kehadiran ke pejabat .

SPR tidak pernah dan tidak akan menghalang seseorang pengundi dari memasuki tempat mengundi asalkan ianya ber pakaian bersesuaian apabila memasuki tempat mengundi , tetapi baju mereka, pakaian dan barangan lain yang mereka gunakan seperti payu ng dan sebagainya tidak dibenarkan mempunyai sebarang simbol parti politik.

Seksyen 26(1)(g ) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 menetapkan bahawa seseorang pengundi adalah dilarang sama sekali memasuki tempat mengundi sekiranya mereka memakai apa – apa pakaian dan peralatan yang memaparkan nama calon , simbol atau lambang parti politik pada hari mengundi. – MalaysiaGazette