national economy economist tax SST Kalau pun GST dihapuskan, besar kemungkinan rakyat negara ini akan dibebani dengan pelbagai kenaikan cukai lain bagi menampung pendapatan RM42 bilion yang diperoleh daripada GST. - Ramon Navaratnam taxation system
Tan Sri Ramon Navaratnam

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) tidak akan mampu menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) jika memerintah negara.

Kalau pun GST dihapuskan, besar kemungkinan rakyat negara ini akan dibebani dengan pelbagai kenaikan cukai lain bagi menampung pendapatan RM42 bilion yang diperoleh daripada GST.

Malah, usaha kerajaan selama ini untuk mengurangkan bajet defisit tidak dapat dilaksanakan disebabkan kekangan kewangan.

Pakar ekonomi negara, Tan Sri Ramon Navaratnam berkata, menguruskan ekonomi sesebuah negara bukan mudah berbanding mengeluarkan modal air liur.

“Pakatan Harapan tidak ada alternatif pun untuk menggantikan  hasil GST. Jadi daripada manakah mereka akan memperoleh RM42 bilion itu?

“Kalau pun pembangkang boleh lakukannya, sudah tentu cukai-cukai lain seperti cukai pendapatan, hartanah akan dinaikkan bagi mengatasi kekurangan tersebut,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Atau, perbelanjaan negara akan dikurangkan melalui pengurangan kakitangan kerajaan dan sebagainya.

Navaratnam juga tidak menolak cadangan-cadangan pembangunan sebelum ini terpaksa ditangguh atau dibatalkan kerana negara tidak mempunyai kewangan kukuh.

“Kalau sudah potong sana, potong sini, siapa yang susah, bukan rakyat ke?.

“Sebab apabila duit tak cukup, kerajaan tidak boleh bina sekolah, hospital, jalan raya baru. Siapa pula hendak tanggung kos rawatan dan perubatan hospital yang mahal,” sambil menyifatkan berkempen untuk tujuan politik memang sangat mudah tetapi untuk merealisasikan janji-janji bukan semudah itu.

Tegas beliau, Malaysia tidak boleh lagi bergantung dengan hasil minyak dan gas seperti zaman pemerintahan Dr. Mahathir disebabkan faktor turun naik harga dan ketidakstabilan geopolitik antarabangsa.

“Saya tidak nampak kelebihan pembangkang mahu menghapuskan GST itu. Yang pasti saya memang ragu-ragu mereka boleh melaksanakannya pada ketika ini dan masa depan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. sebab itu kita tak heran jika pembangkang nak sangat menguasai negara ini.. disebalik kata-kata mereka bahawa pembangkang yang mendakwa bahawa ekonomi kita merosok tapi bukan kah dsn sendiri membuktikan dengan perlaksanaan gst inilah kerajaan bn mampu untuk mengawal ketidakstabilan dalam ekonomi malah dapat menambah lagi pulangan kepada rakyat dalam pelbagai bentuk misalnya pemberian br1m dan bantuan2 khas kepada rakyat..

Comments are closed.