LONDON- Gambar rasmi Putera Louis, putera kedua pasangan diraja Putera William dan Kate Middleton diedarkan hari ini.
Dua keping gambar yang diambil di Istana Kensington itu diambil oleh bondanya sendiri yang mana salah satunya menunjukkan putera yang dilahirkan pada Ahad lalu itu sedang dipegang oleh kakaknya, Puteri Charlotte semasa sambutan ulangtahun ketiganya.
Sekeping lagi gambar menunjukkan bayi itu yang memakai jumperĀ berwarna putih sedang berbaring di atas bantal.
Pegawai istana berkata, Louis tidak akan menyertai ahli keluarganya di majlis perkahwinan bapa saudaranya Putera Harry dengan aktres Amerika Syarikat, Meghan Markle pada 19 Mei ini. – MalaysiaGazette