Keluarga Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diketuai Nik Adli bertindak mengunci pintu pagar Tanah Perkuburan Kampung Pulau Melaka di Kota Bharu
Keluarga Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diketuai Nik Adli bertindak mengunci pintu pagar Tanah Perkuburan Kampung Pulau Melaka di Kota Bharu

KUALA LUMPUR – Semalam Tun Mahathir Mohamad menziarah pusara Allahyarham Presiden Pas, Datuk Fadzil Noor dan hari ini dalam siri jelajahnya di Kelantan, beliau dikatakan merancang melawat kubur Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Keluarga Allahyarham diketuai anaknya Nik Adli yang mendapat khabar tersebut bertindak mengunci pintu pagar Tanah Perkuburan Kampung Pulau Melaka di Kota Bharu bagi menghalang Dr Mahathir menziarah kubur ayahnya.

Menurut Nik Adli, Dr Mahathir hanya boleh menziarahi kubur Nik Aziz selepas Pilihan Raya Umum ke-14 selesai nanti kerana mereka tidak mahu arwah dijadikan modal kempen.

Pihak media dimaklumkan, Dr Mahathir yang dalam jelajah Pakatan Harapan (PH) ke Kelantan, akan singgah melawat kubur Allahyarham diiringi calon parti itu di DUN Chempaka, Nik Omar. – MalaysiaGazette