Tenaga Nasional Berhad (TNB) memperkenalkan inisiatif baharu berkaitan budaya keselamtan yang dikenali sebagai Tenaga Safety Culture (TSC).

KUALA LUMPUR- Tenaga Nasional Bhd. (TNB) sekali lagi memberi jaminan akan bekerja sepanjang masa untuk memastikan kestabilan bekalan elektrik sepanjang tempoh pilihanraya umum ke-14 ini dan telah mengambil langkah sewajarnya bagi mengelakkan sebarang insiden gangguan elektrik berlaku bermula 28 April lalu.

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berkata, antara pelan sokongan yang telah disediakan TNB adalah penyediaan 189 set penjana mudah alih dengan kos berjumlah RM6.1 juta yang ditempatkan di tempat penamaan calon, pengundian dan pengiraan undi.

Ini merupakan Pelan Operasi Standard yang disediakan untuk mengawal insiden-insiden yang tidak diingini, jelasnya.

“Kakitangan teknikal TNB juga telah bersedia untuk memastikan bekalan elektrik yang berterusan semasa proses PRU14 dan Bilik Gerakan Khas untuk PRU14 telah diaktifkan di setiap negeri,” katanya di sini hari ini.

Pengguna dinasihatkan untuk menghubungi pusat sehenti TNB menerusi Facebook, TNB CareLine atau dengan menghubungi 15454 untuk sebarang aduan dan maklum balas.-MalaysiaGazette