Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mengurniakan Surat Cara Perlantikan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin pada Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji Serta Pengurniaan Surat Cara Perlantikan Yang Amat Berhormat Datuk Menteri Besar Selangor di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 11 MEI 2018.

KLANG – Barisan Exco Kerajaan Negeri Selangor yang mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Balairong Seri Istana Alam Shah di sini hari ini menyaksikan 70 peratus adalah muka baharu.
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor kali ini dianggotai oleh empat wakil parti komponen Pakatan Harapan iaitu PKR, DAP, PPBM dan PAN.
Berdasarkan keputusan Pilihan Raya ke-14 pada 9 Mei lalu, pembahagian kerusi EXCO Selangor menyaksikan empat jawatan itu diperuntukkan kepada PKR, DAP (3 jawatan), PAN (2 jawatan) dan PPBM (1 jawatan).
Antara tiga EXCO Selangor penggal ke-13 yang dikekalkan pada penggal ke-14 ialah Datuk Teng Chang Khim, Amiruddin Shari dan Ganabatirau Veraman.
Manakala muka baharu yang mengisi barisan EXCO Selangor kali ini ialah Haniza Mohamed Talha, Ng Sze Han, Dr Shaharuddin Badaruddin, Hee Loy Sian, Dr Siti Mariah Mahmud, Ir Izham Hashim dan Datuk Abdul Rashid Asari.
Dalam PRU14 pada 9 Mei lalu, PH yang dianggotai empat parti berkenaan memenangi 51 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dipertandingkan di Selangor.
Komposisi pembahagian 10 jawatan EXCO Selangor itu juga berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi parti berkenaan dalam PRU14.
PKR dan DAP memenangi semua kerusi yang dipertandingkan, masing-masing 21 dan 18 kerusi DUN, manakala PAN pula lapan kerusi dan PPBM enam kerusi.
Selain Pas, dua penyandang jawatan EXCO yang digugurkan daripada Kabinet Mohamed Azmin kali ini ialah Elizabeth Wong dan Ean Yong Hian Wah.
Selain itu, seorang lagi penyandang EXCO Selangor yang digugurkan ialah Nik Nazmi Nik Ahmad susulan beliau tidak bertanding di kerusi DUN Seri Setia, sebaliknya memenangi kerusi Parlimen Setiawangsa. – MalaysiaGazette